Tuesday, March 23, 2010

Adat Permainan

Dalam dunia ni,

Tak semua orang boleh menang,

Pasti ada yang kalah,

Adat permainan,

Macamtulah jugak,

Dalam hidup ni,

Samada kita berkorban,

Terkorban,

Atau dikorbankan,

Kita pilih,

Yang mana satu?

Pilihanku?

Hanya Tuhan yang tahu…

Friday, March 19, 2010

Mimpi tak seindah Realiti

Ramai orang yang inginkan mimpi menjadi reality,
Tapi aku…
Sesuatu telah berlaku,
Tak sepatutnya berlaku,
Tetapi berlaku,
Dan aku,
Ibarat mimpi menjadi reality,
Mimpi yang seharusnya kekal menjadi mimpi,
Tanpa perlu masuk ke alam reality,
Indahkah mimpiku?
Terlalu indah…
Tapi apabila mimpi telah bertemu dengan reality,
Ianya menjadi sesuatu yang tidak diingini,
Kerana apa?
Bukankah mimpiku telah menjadi reality,
Ya,reality yang terlalu berat untukku hadapi,
Seakan-akan ku rasakan biarlah mimpi hanya mimpi,
Sebenarnya baru ku sedar,
Mimpi itu tak seindah reality,
Mimpi itu menyeronokkan
Mengasyikkan,
Tetapi mimpi takkan dapat menandingi reality,
Kerana reality itu aku dan mimpi itu kamu,
Pergilah mimpi,
Carilah realitimu sendiri,
Baru kau kan mengerti mana yang lebih indah,
Mimpi atau reality.
Youre just my sweet dreams
and had become my beautiful nightmare.

Sunday, February 21, 2010

Nukilan untuk hati

Wahai diri,

Latihlah hati untuk sabar tatkala marah,

Redha tatkala ditimpa musibah,

Berani untuk bercakap benar,

Walaupun ianya amatlah susah,

Wahai hati,

Janganlah engkau cemburu tak menentu,

Janganlah engkau dengki atas nikmat itu,

Janganlah engkau sedih kerana sesuatu,

Ingatlah, semuanya bukan milikmu,

Ianya Hanyalah pinjaman bagimu,

Oleh kerana itu,

Redhalah atas musibah yang menimpamu,

Syukurlah atas nikmat yang diberi padamu,

Hargailah mereka yang berada disekelilingmu,

nescaya bahagialah hatimu....

kerana engkau tidak tahu ajal yang bakal menjemputmu,

janganlah disia-siakan waktu yang Tuhan berikan padamu,

kepada perkara-perkara kecil seperti itu,

Wahai diri,

Latihlah hati,

agar kuat dan berani,

meniti hari-hari,

supaya tidak mudah menangisi,

atau menyesali,

berada di jalan ini...

Ingatlah Tuhan sentiasa mengetahui,

apa yang di dalam hati.....

Ya Allah,

Kuatkanlah hati,

agar boleh meniti hari-hari,

tanpa perlu menyakiti orang-orang yang ku sayangi.....





Tuesday, February 9, 2010

Terperangkap di dalam Dunia yang Mencabar

Terperangkap di dalam Dunia yang Mencabar

Di dalam kitab Al-Fitan, susunan Imam Ibnu Majah Rahimahullah, ada memuatkan sebuah hadis yang dapat menjadi tazkirah kepada kita.
Daripada Abdullah bin Amru yang mengatakan bahawa Rasulullah bertemu dengan kami dan baginda bersabda : “ Wahai kaum Mujahirin, ada lima perkara yang aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak mendapatinya.(pertama) Iaitu tidaklah muncul sesuatu kekejian di dalam suatu kaum sehingga mereka menyebarkannya lalu akhirnya mereka menderita wabak penyakit yang tidak pernah terjadi dan tidak pernah menimpa golongan sebelum mereka. (Kedua) Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan sukatan melainkan akan ditimpakan kepada mereka tahun-tahun sulit dan kelaparan serta diuji dengan penguasa yang zalim. (Ketiga) Tidaklah mereka enggan membayar zakat melainkan akan tertahan air dari langit untuk mereka sehingga jika tidaklah kerana binatang yang melata di atas muka bumi itu nescaya tidaklah akan diturunkan hujan kepada mereka. (ke-empat) Orang yang melanggar janji Allah dan rasul-Nya itu akan ditimpakan dengan kelemahan sehingga mereka dikuasai oleh musuh-musuh mereka dari orang-orang selain mereka sehingga musuh itu dapat mengambil apa sahaja yang berada di dalam tangan mereka. (Kelima) Tidaklah para Imam (penguasa) tidak berhukum dengan Kitab Allah dan tidak melaksanakan apa yang Allah turunkan melainkan Allah akan menimpakan kehancuran kepada mereka melalui tangan-tangan mereka sendiri.” (Hadis riwayat Ibnu Majah Jilid 2, no. 4019 dengan sanad yang gharib)

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah dengan sunnah.